03-5892 9420 Isnin–Sabtu, 9 pagi – 6 petang
Kontraktor Berdaftar CIDB · 100% Bumiputera

Utama / Servis

Servis Kami

Penyelesaian bersepadu untuk pembinaan, kabinet dan hiasan Islamik, dari satu pasukan.

01

Bina Rumah

Ada tanah sendiri? Kami uruskan semuanya, dari pelan rumah, permohonan kelulusan, pembinaan hingga kunci diserahkan. Pilih dari lebih 50 rekaan rumah yang boleh diubah ikut keperluan anda, dengan interior dan exterior siap dalam satu pakej.

  • Pelan & kelulusan
  • Rumah setingkat & bertingkat
  • Pinjaman LPPSA / Tunai
  • Interior & exterior sekali
02

Renovation

Rumah sempit atau dah lama? Kami ubah layout, extend ruang, upgrade kemasan dan sediakan design 3D supaya anda nampak hasil akhir sebelum kerja bermula. Untuk rumah, pejabat dan premis komersial.

  • Extension dapur & bilik
  • Naik tingkat
  • Interior design & 3D
  • Bilik air & dapur
  • Tiles, siling & lighting
  • Fasad, kaca & kerja besi
03

Cabinetry · DREKA

Kabinet custom yang dibuat ikut ukuran ruang anda di kilang DREKA sendiri. Design moden, bahan berkualiti dan kemasan kemas untuk hasil yang tahan lama.

  • Kitchen cabinet
  • Wardrobe & walk-in
  • TV cabinet & feature wall
  • Shoe cabinet & storage
04

Islamic Interior & Produk Islamik

Kepakaran asal kami di bawah jenama D’Raudah. Rekaan diilhamkan dari seni bina Islam, corak geometri, arabesque dan kaligrafi, untuk masjid, surau dan ruang solat di rumah. Produk tirai masjid dan divider muslimah boleh ditempah terus.

  • Mihrab dekoratif
  • Mimbar & rehal
  • Siling, kubah & panel
  • Kabinet Al-Quran
  • Tirai masjid
  • Divider muslimah
Bahan Kepakaran

Celuka Board untuk hiasan custom

Celuka diperbuat daripada Calcium Carbonate (CaCO3), bahan semula jadi yang tidak berbau. Ringan tapi kuat, sesuai untuk mihrab, wall cladding, louver, fasad bangunan dan perabot.

Tahan cuaca Tahan kimia & karat Serapan air rendah Penebat haba Penebat bunyi Sangat ringan Mudah dibentuk Kekuatan lentur baik Tahan hentakan Boleh dibentuk haba
Soalan Lazim

Soalan yang selalu ditanya

Adakah konsultasi dan lawatan tapak percuma?

Ya. Konsultasi dan lawatan tapak adalah percuma untuk kawasan Lembah Klang. Untuk kawasan luar, sila hubungi kami untuk perbincangan.

Bagaimana sistem bayaran?

Bayaran dibuat ikut progress kerja yang telah siap, seperti dalam agreement. Jadi wang anda selamat dan anda bayar untuk kerja yang anda nampak.

Boleh guna pinjaman LPPSA untuk bina rumah?

Boleh. Kami bekerjasama dengan peguam berpengalaman untuk bantu proses pinjaman LPPSA anda. Bayaran tunai juga diterima.

Berapa lama projek renovation biasanya ambil masa?

Bergantung pada skop kerja. Jadual kerja penuh diberi bersama sebut harga, dan anda terima laporan progress setiap minggu.

Adakah ada waranti selepas projek siap?

Ya. Setiap projek ada tempoh waranti sebagai jaminan kualiti kerja. Butiran waranti dinyatakan dalam agreement.

Sedia nak bina atau ubah suai rumah impian anda?

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. Kami bincang bajet, design dan jadual kerja dengan telus dari awal.