03-5892 9420 Isnin–Sabtu, 9 pagi – 6 petang
Kontraktor Berdaftar CIDB · 100% Bumiputera

Utama / Tentang Kami

Tentang DBENA

Syarikat pembinaan dan renovation yang dibina atas pengalaman praktikal, kebolehpercayaan dan pelaksanaan profesional.

Kisah Kami

Dari hiasan masjid ke kontraktor lengkap

Berpangkalan di Shah Alam, DBENA komited untuk siapkan projek dengan telus, cekap dan teliti. Kami utamakan kepuasan pelanggan di setiap peringkat, dari perancangan dan design hingga pembinaan dan penyerahan.

2019

Bermula sebagai Asset Plan Services, fokus pada kerja pembinaan kediaman dan komersial.

2023

DBENA SDN. BHD. diperbadankan pada 26 Jun 2023. Pengkhususan awal: hiasan dalaman masjid dan surau.

2024–2025

Berkembang ke bina rumah, renovation, interior design dan membuka kilang kabinet sendiri.

2026

Tiga jenama (D’Raudah, Dreca Design, DREKA) dengan pasukan lebih 30 orang, berdaftar CIDB Gred G4.

Projek mihrab masjid DBENA Kabinet dapur DREKA

Visi

  • Menjadi nama yang dipercayai dan terkemuka dalam industri pembinaan dan renovation
  • Menghasilkan kerja berkualiti dengan konsisten dan profesional
  • Terus menambah baik, berinovasi dan berkembang untuk jangka panjang
  • Membina jenama yang dikenali kerana kebolehpercayaan, amanah dan servis cemerlang

Misi

  • Menyediakan penyelesaian pembinaan, renovation dan interior yang berkualiti tinggi
  • Memahami keperluan pelanggan dan menghasilkan projek yang praktikal dan tersusun
  • Menjunjung ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam setiap projek
  • Mengutamakan kepuasan pelanggan melalui koordinasi cekap dan kawalan kualiti
Barisan Pimpinan

Diketuai pengarah berpengalaman dalam projek berskala besar

YM Tengku Khairul Adena
Pengerusi

YM Tengku Khairul Adena bt Almarhum YM Tengku Abdullah

Mempengerusikan lembaga pengarah DBENA dan memacu hala tuju syarikat ke arah kontraktor pilihan utama di Semenanjung Malaysia.

Ahmad Nizamuddin bin Rosnan

Ahmad Nizamuddin bin Rosnan

Pengarah Urusan

Bachelor of Civil Engineering (UTM), lebih 15 tahun dalam pembinaan, perancangan infrastruktur dan pembangunan hartanah. Berpengalaman dengan DBKL, MBPJ, MPSJ, MPAJ, Perbadanan Putrajaya, JPS, IWK dan SYABAS.

15+ tahunRM10j–RM300jAwam & Swasta
Azhari bin Puteh

Azhari bin Puteh

Pengarah Operasi

Lebih 25 tahun dalam pembinaan kediaman bertingkat tinggi, pembangunan bercampur, infrastruktur dan projek Minyak & Gas, termasuk Malaysia LNG Tiga Expansion (USD2.5 bilion). Bermula sebagai Site Supervisor hingga Project Manager.

25+ tahunRM2.3B+CONQUAS · ISO 9001
Mohd Hafizan bin Abdul Majid

Mohd Hafizan bin Abdul Majid

Pengarah Perolehan & Kontrak

Ijazah Sarjana Muda Quantity Surveying (UiTM), lebih 10 tahun dalam pengurusan operasi, ukur bahan dan pentadbiran kontrak. Terlibat dalam projek bernilai sehingga RM380 juta.

10+ tahunRM380jAwam & Swasta
Ahmad Zikri bin Zainal

Ahmad Zikri bin Zainal

Pengarah Eksekutif

BSc (Hons) International Business with IT, Coventry University (UK). Pengalaman di RHB Bank dan ASTRO, serta pengasas bersama agensi pemasaran. Memacu strategi marketing, jenama dan pembangunan bisnes DBENA.

MarketingBrandingBusiness Dev
Latar Belakang Syarikat

Maklumat korporat

Nama berdaftarDBENA SDN. BHD.
No. pendaftaran202301024112 / 1518035-A
Status100% Bumiputera
Tarikh diperbadankan26 Jun 2023
PendaftaranSSM · CIDB G4 · MOF · SME Corp
Pejabat43-3, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Kilang DBENA · DREKA

Kabinet dibuat di kilang sendiri, bukan diborong luar

Kilang kami di Shah Alam dilengkapi mesin CNC, edge bander dan spray booth sendiri. Sebab itu kami boleh kawal kualiti, masa siap dan harga, dari potong panel hingga pemasangan di rumah anda.

  • Potongan panel tepat dengan mesin CNC
  • Kemasan edge dan spray yang kemas
  • Dipasang oleh pasukan DBENA sendiri
  • Boleh datang tengok sendiri proses di kilang
Alamat kilangJalan Dato’ Sellathevan, 40470 Shah Alam, Selangor
Pintu masuk kilang DBENA
Pintu masuk kilang
Laluan masuk ke kilang
Laluan masuk
Laluan masuk bawah jejambat
Masuk bawah jejambat

Video: proses pembuatan kabinet di kilang kami

Sedia nak bina atau ubah suai rumah impian anda?

Konsultasi dan lawatan tapak percuma di Lembah Klang. Kami bincang bajet, design dan jadual kerja dengan telus dari awal.